Assalamua'laikum,
Anda boleh menukarkan wang Saudi Riyal di 
mana-mana Money Changer ketika di sana. Tukarkan kepada wang satu Saudi Riyal. 
Setiap kali anda ke masjid, di hotel atau semasa melontar di Jamrah, anda akan 
bertemu dengan pekerja-pekerja cleaner. Keluarkan duit tersebut awal-awal, 
jangan keluarkan duit depan mereka. Terus dekati mereka dan masukkan ke dalam 
poket mereka atau bersalam dengan mereka sambil letakkan wang di tangan. Ini 
kerana pengalaman saya dan ramai Jemaah yang lain, jika terang-terang 
bersedekah, maka ramailah yang akan mengerumuni anda. Terutama kanak-kanak. Anda 
mungkin bukan orang kaya, tetapi anda berhak untuk bersedekah setiap kali 
sebelum melakukan ibadah. Kerana itu biarpun anda bersedekah 1 Riyal, tetapi 
anda dapat melakukannya banyak kali. Contoh, budget anda untuk bersedekah, 4 
Riyal setiap hari. Semasa masuk masjid sebelum subuh, sedekahlah 2 Riyal, 
selepas solat Subuh, 2 Riyal. Bermakna anda dapat bersedekah hampir setiap Subuh 
dan setiap hari. Dan anda memulakan kehidupan harian anda dengan satu ibadah 
yang paling mulia....Insyaallah. Nampak kecil, tetapi Insyaallah besar di sisi 
Allah.
Al-kisahnya semasa saya di Mekah, Melontar 
di Jamrah dan ketika di Madinah, saya bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak yang 
meminta sedekah. Ada salah seorang dari mereka yang sedikit menarik perhatian 
saya sewaktu baru tiba di Mekah. Beliau seorang budak perempuan mungkin 
berbangsa Arab Badwi (kerana berkulit gelap). Kedua-dua tangannya kudung. 
Dilehernya tersangkut satu uncang untuk duit sedekah. Saya pun terus memasukkan 
wang ke dalam uncang tersebut atas dasar simpati. Kemudian pada suatu hari yang 
lain saya terserempak dengan kanak-kanak perempuan cacat tersebut. Saya hanya 
memerhatikan sahaja tingkah laku kanak-kanak tersebut. Tiba-tiba seorang jemaah 
lelaki menghampir kanak-kanak tersebut. Jemaah lelaki tersebut memegang tangan 
kanan kanak-kanak yang kudung itu. Tanpa disangka-sangka, tangan kiri 
kanak-kanak cacat itu memegang tangan jemaah lelaki berkenaan. Jemaah lelaki itu 
terus bersuara "Haram! Haram! Haram!" kata beliau. Rupa-rupanya kanak-kanak 
perempuan itu tidak cacat......
Ketika saya di Madinah, saya tidak pasti 
kanak-kanak perempuan yang saya lihat di Mekah itu adalah sama dengan 
kanak-kanak yang saya temui di Madinah. Tetapi cara modius operandi yang 
digunakan sama. Kudung kedua-dua tangan dan ada satu uncang duit di lehernya. 
lalu saya menghampiri kanak-kanak tersebut, lantas memegang tangan kirinya. 
Dengan pantas beliau menepis tangan saya dan berlari pantas menyelinap 
dicelah-celah jemaah haji yang lain. Benarlah mereka seolah-olah ada satu 
sindiket meminta sedekah di sana. Kerana bimbang ada konco-konco atau agen-agen 
kanak-kanak itu yang memerhatikan saya, pantas saya pun sama menyelinap 
dicelah-celah jemaah haji dan bersembunyi di hotel...he he he...berlagak berani 
tapi penakut....Itulah Al-kisahnya....
Wassalam
Paklang
 


 
No comments:
Post a Comment