Islamic Widget

Tuesday, September 29, 2009

7 Syawal 1430, 26 September 2009, Alhamdullah dapat sekali lagi menziarahi Mat Selangor.
Syukur juga kerana dapat melaksanakan niat untuk ziarah Kubur Mak Ngah Noraini Shafie dan Tok Aji. Sempat juga mengimbau kenangan dengan anak-anak tentang mereka bertiga. Semoga Allah menempatkan mereka bersama orang-orang di Redhai Allah. Amin... Al-Fatihah..




Di sinilah tempat Mat Selangor desemadikan














Noraini binti Shafie
Lahir 4.3.1959
Kembali ke Rahmatullah 24.7.2001
Bersamaan 3 Jamadil Awal 1422
Semoga dicucuri Rahmat keatas Rohnya
Amin









































Kilang Vitagen terbakar 6.9.2009
Berada betul-betul dihadapan
Tanah Perkuburan Seksyen 14
Petaling Jaya














Hajjah A'ishah binti haji Idris
Kembali Kerahmatullah Ta'ala
Pada 23.4.1985
Bersamaan 3 Syaban 1405




Aku teringin sangat nak tahu,
Siapakah orangnya yang telah
mengukir tulisan ini ?
Mungkin Pak Usu Yunus ada
jawapannya....
"AL-FATIHAH, HAJJAH A'ISHAH"


















Thursday, September 24, 2009

20 September 2009, 1 Syawal 1430. Kami sekeluarga berpakat mengubah haluan pagi Syawal. Lazimnya setiap pagi Syawal rumah Mak Unggal adalah tempat singgahan kami yang pertama. Namun atas permintaan emak, kami terus ke Sg. Besar rumah Mak Lamah. Alhamdulillah beliau ada di rumah. Setelah menjamu selera dan ole-oleh dari Mekah kerana Mak Lamah baru kembali menunaikan Umrah awal Ramadhan di sana, kami ke pusara Tok Menah dan Pak Hamzah. Tahun lepas aku dah ke sini bersama Arifuddin. Puas kami mencari kubur Tok Menah, tetapi tak berjumpa... Alhamdulillah kini kami kembali lagi....menigmbau kenangan bersama Tok Menah yang kami rindui.... Manusia yang tidak pernah kutemui amarahnya. Lembut suaranya sambil menggoreng pisang dengan dapur arang.... ohhhh... kuhirup kopi Tok Menah... petang itu bersama goreng pisang panasnya. Terimkasih Tok Menah kerana membesarkan kami dengan seadanya...

Kami tidak lama dengan Pak Hamzah. Tetapi ingatan kukuh kami masih tersimpan erat di sebuah teratak uzur bersebelahan bengkel besi. Bingit telinga dengan bunyi besi dipotong membuatkan kami terngiang-ngiang hingga pulang....kecil-kecil lagi kami dibawa ke Sg. Besar dengan feri dari pengkalan Kuala Selangor ( yang tinggal sejarah ) oleh Tok Menah. Pak Hamzah orangnya suka tersenyum. Berbadan tegap dan kental. Usaha pertaniannya telah mengajar aku cara mengopek dan memproses buah koko. Masam buah koko masih terasa...





Kubur Allahyarham Pak Hamzah







Bersama keluarga Pak Usu Majid







Doa Selamat dan Tahlil













Mak Lamah














Batu Nisan Tok Menah



Wednesday, July 08, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Monday, June 22, 2009

2nd Batch


Teka apakah yang telah menarik perhatian
Ikmal dan Mak Lang tuuu...


Pak Lang tuu pulak tersengeh sorang-sorang...




"Diorang ni kan... tak sopan langsung..

buang sampah merata-rata..." kata Atiqah dan Hidayah

Tuu Pak Lang punya keja lahh tuuu, sepah kan

gula-gula...kan susah nak kutip...



Fuuuyyooo.. Fahimah berlari dengan
kencangnya... sedangkan Atiqah dan
Hidayah tertinggal dibelakangnya..









On your mark, get set, opppssss
nanti sat... seluaq Pak Long nak tertanggal pulak..










Apa niii!!!! lambatlahhh Pak Lang...
Kita orang dah tak sabar niii...
nak belasah Pak Lang...sebab repeat game
dua kali...







Tuuu baju buat macam tuuu, nak isi

gula-gula yea...tanya Fahimah











Pak Uda! Pak Uda!
Aida nak join boleh tak?





SAMBUTLAH SAYANG





BAWA BOLA PING-PONG



SUSUKAN BAPA