Islamic Widget

Wednesday, March 26, 2008

25.3.2008 Pemergian Kak Milah



Dingin subuh itu aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari emak. Dan jangkaan sudah pastinya jika deringan telefon awal pagi, pasti sesuatu yang mendukacitakan dalam proses kejadian atau sudah terjadi. Maka emak pun memberitahu Kak Milah anak Pak Ulung Joned telah kembali kerahmatullah. Ah...sungguh baru terasa kehilangan Abang Kassim. Kini Kak Milah pula dijemput Allah. Sudah ketentuan ajalnya. Kehilangan suami tujuh bulan lalu mungkin sedikit mencubit hati kecil Kak Milah.



Kak Milah yang kukenali adalah seorang surirumah sepenuh masa yang gigih membesarkan anak-anaknya. Kesemua anak-anak Kak Milah dan Abang Kassim menjawat jawatan yang mulia yang tinggi dalam kerajaan. Shahril yang sulung, seorang guru di Kuala Selangor. Khairul pula menjadi imam 2 di Mesjid Batang Berjuntai, yang berhampiran rumahnya, disamping menjadi warden sekolah tempat beliau mengajar. Begitu juga empat lagi adik beradik mereka. Semuanya bekerjasama membantu dan bergilir menjaga Kak Milah dan Abang Kassim. Yang bongsu, Rosnah juga tidak kurang memainkan peranannya menghantar Kak Milah ke hospital untuk rawatan cuci darah, disamping perlu pula bergegas ke ITM Shah Alam, tempat beliau bertugas.


Suatu ketika dahulu aku sering bercuti ke Kampung Kuantan. Dan setiap kali aku menaiki bas dari hentian bas Pudu Raya tempat persinggahan akhir ialah hentian bas Batang Berjuntai. Sementara menunggu bas dari Kuala Selangor tiba yang akan melalui Kampung Kuantan, aku akan ke gerai goreng pisang Abang Kassim. Dan sudah pastinya aku akan memperolehi goreng pisang lebih dari harga sebenar. Kami juga akan bersembang, bertanya khabar dan Kak Milah sudah sediakan satu bungkus goreng pisang panas untuk bekalanku dalam perjalanan.


Segalanya tinggal kenangan....
Semasa arwah Mat Selangor hidup. Sekiranya beliau balik ke Kampung Kuantan melalui jalan Sungai Buluh lama, sudah pastinya tempat singgah rehatnya adalah rumah Kak Milah. Aku pasti itu kerana aku juga turut sama menunggang motosikal dalam meredah hujan dan panas bersama abah. Abah tidak pernah lupa itu...dan pesanan abah hingga kini aku genggam erat sehingga ke akhir hayat.....Jangan lupa saudara mara....


Inilah batu nisan pusara Abang Kassim yang telah kembali ke Rahmatullah pada 3.8.2007


Semoga mereka berdua mendapat Rahmat dan Redha Allah hendaknya. Dimasukkan dalam golongan orang-orang yang dijanjikan Syurga Allah.



Kepada Abang Kassim dan Kak Milah,
Sampaikan salam kami anak-anak Mat Selangor kepada ayahanda kami Ahmad Bin Haji Salleh...
Kepada anak-anak Abang Kassim dan Kak Milah, suratan Ilahi sudah tertulis. Kami juga pernah kehilangan seperti kalian....teruskan perjuangan ibu bapa. Rapatkan ukhuwwah sesama sahabat kedua ibu bapa yang sudah pergi. Lindungi kesejahteraan persaudaran sekeluarga. Jangan sesekali bersengketa....





Sunday, January 06, 2008

Setulus KasihMu di Mimbar At-Tarmizi


At-Tarmizi adalah merupakan sebuah Mesjid yang telah siap dibina pada September 2007. Terletak di sebuah kawasan perumahan Taman Seri Sentosa, Batu 6 1/2, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur. Pentadbiran mesjid ini adalah dibawah bidangkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan. Walaupun mesjid ini yang seharusnya siap lebih awal, namun itu bukanlah menjadi satu masalah kepada penduduk di taman ini. Biarpun mereka tetap bersabar menanti dan menanti pembinaannya dari setahun ke setahun, sehinggalah Ahmad Bin Haji Salleh dan juga beberapa orang ahli jawatankuasa pembinaan mesjid ini telah kembali keRahmatullah, Mesjid At-Tarmizi akhirnya tersergam indah juga. Mat Selangor mungkin tidak dapat menikmati keindahan seni At-Tarmizi ini, juga kesyahduan azannya serta menghirup nafas segar sambil sujud, taffakkur dan iktikaf di dalamnya, tetapi isteri, anak cucu dan menantu Mat Selangor menjadi saksi, bahawa hasil dari terdirinya At-Tarmizi ini adalah susurgalur keringat dan mandian wangian kasturi Mat Selangor serta rakan-rakan seadanya. Mereka inilah yang menjadi lilin membakar diri, dihina dan dibenci, dicaci dan difitnah. Namun perjuangan Mat Selangor dan rakan-rakannya tiada bertemu nokhtah. Sehingga ke akhir hayat Mat Selangor, beliau masih berdiri dari jendela rumahnya, memerhatikan pasir dan tanah jerlus bekas lombong itu bilakah akan timbulnya dari dasarnya sebuah Rumah Allah yang diidam-idamkan. Mat Selangor sedar. Beliau sudah tidak mampu lagi menjerit menongkah arus urat pemuda ketika itu. Beliau lebih banyak bertafakur menyendiri dan tersendiri. Dari cebisan-cebisan lakaran dan catatan yang beliau tinggalkan, terpapar indah dalam lipatan sejarahnya, Mat Selangor adalah Perwira Bangsa dan Agama. Namun bukan harta, permata dan takhta yang menjadi igauannya. Jauh dari dinobatkan dengan bintang-bintang kebesaran dunia, Mat Selangor akur menjadi imam kampung yang berbaju melayu lusuh dan berkopiah serta janggut yang memutih. Uwais Al-Qarni adalah seorang manusia yang tidak dikenali di dunia. Tetapi Uwais terkenal dilangit. Rasulullah meminta sahabat mencari seorang yang bernama Uwais Al-Qarni, agar diminta darinya supaya memohon doa kepada Allah atas kebaikan diri sendiri. Ini adalah kerana doa dari mulut Uwais akan dimakbulkan oleh Allah. Itulah Uwais....dan itulah yang dicontohi oleh Almarhum Ahmad Bin Haji Salleh....Semoga Allah meRahmatinya dan menempatkannya di sisi Rasulullah serta sahabat-sahabat Baginda, orang-orang Soleh dan bersahabat dengan Uwais Al-Qarni. InsyaAllah.....Amin.

"Terimakasih kepada semua yang hadir, semoga majlis ini mendapat keberkatan", Mak Long Menyampaikan ucapan sulungnya


Mak Lang Saabihah ngan Mak Ngah Jamilah, tengah fikir pasal projek tahun 2008..

Tengah berkemas...Pak Lang mana?
Tidoq koott... tu tektik lama ....

Amboi! amboi! anak dara niii..
baguih punya landing...
tuu hah kat dapoq melambak
pinggan mangkok tak
basuh lagi...






Mai sini Pak Lang nak khabaq kat hangpa. Hangpa tau tak kami letih kat bawah tuu.. hangpa seronok no, kat dalam bilik, ambik gambaq lagi....pi turun, tolong Pak Ngah tu..
















SILA SMS KE AFFAHMI 3435
"Anda berpeluang melancung bersama saya, sekiranya saya memenangi pertandingan kali ini" undilah saya....
Peehhh!!!! Jelinganmu mengancam kalbu....





Dok pikiak apa lagi Pak Ngah ooii!!, teloq tu rasa ada lebih. Tak pa tahun depan kita buat pertandingan futsall pulak...






Mak Ngah! Bila kita nak buat Familyday kat Kedah?
Susah-susah kita buat kat atas gunung 'Sang Kelembai' tu je laa..






"Aku cadangkan tahun depan kita besarkan rumah mak ni. Korang setuju tak?" tanya Ucu Asri kepada ahli majlis Mat Selangor.com





"Mak tak kisah, tapi mestilah cepat siap. Dan kalau dapat kau linkkan sekali level tu ngan Mesjid. Tak payah aku turun jalan kaki. Budget tu kau minta PTS sponsor!!"





"Hah! Hah! Hah!....kau cakap senang je, apa kau ingat rumah tu boleh sambung-sambung!!, Tu rumah pangsapuri laaa...buat lawak pulak...Kalau nak, Mak duduk ngan aku ajelah...Kita buat rumah kat sebelah rumah aku. Amacam.. setuju?" kata Mak Uda.





"Aku setuju ngan Siti, tapi rumah ko jauh dari mesjid. Aku pun setuju ngan Asri. Kita besarkan rumah mak! Caranya... kita beli je rumah sebelah tuuu....lepas tu kita pecahkan dindingnya...", ujar Pak Lang sambil mulutnya pantas menghancurkan makanan.



"Aku ikut aje, kat mana pun kakak aku duduk aku tetap datang tengok dan ziarah. Dari dulu, kini dan selamanyalah, selagi aku hidup ni...." sambut Tok Su Majid, sambil menuangkan air oren ke dalam cawannya






"Kami tak dak problem, janji dekat ngan CC dan ada padang futsall" tambah Abdullah dan rakan karibnya Fahmi





Fawwwwazzzz!!!!!












Faattthhhiiiii!!










Yusofffff !!!!!