Islamic Widget

Tuesday, February 28, 2006


Gambar ni menceritakan seribu kenangan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Mohon kemaafan kepada mak-mak saudara dan bapa saudara kami ini. Kami semua membesar ditangan mereka. Merekalah yang mengasuh dan mendidik kami tanpa jemu. Kami amat rapat dengan mereka. Kehidupan mereka ketika remaja, sebahagian besar adalah bersama kami. Terimakasih atas segala-galanya kepada mereka. Berdiri dari kiri; Mak Cik Jamal, Mak Ulung Badar, Mak Ngah Kamariah, Mak Ngah Aci, Umi Kalthum, Duduk; Pak Ulung Hamdan, Mak Ulung Maheran, Hanipah Othman, Ahmad Hj Salleh. Depan; Shamsul Kamal, Badrul Hisham, Kuswadinata dan Mokhtar.
P/s : Ini zaman dulu-dulu, sekarang dah lain. "Merah sangatlah mak ngah!!!" Iklan yang mengingatkan kami kepada mereka....

Ini adalah gambar kenangan dihadapan rumah ketua kampung.
Haji Talib Long. Haji Ahmad Salleh ialah yang bersongkok hitam berbaju gelap ditengah-tengah. Beliau bersama-sama rakan-rakan yang sangat rapat. Mereka merupakan orang-orang awal yang meneroka Kampung Pinang Tunggal. Belakang mereka adalah kilang papan. Dikilang papan inilah tempat kami anak-anak Mat Selangor mengutip papan-papan yang telah pecah dan tidak digunakan lagi untuk dibuat kayu api. Terutama ketika musim Hari Raya.
Dari kiri; (Terlindung, tak dikenali) Pak Mail, Pak Kudin, Haji Hassan (Imam), Hj Ahmad,(tak dikenali), Pak Rahman dan Wak Ibrahim.

Ini adalah gambar keluarga Ahmad Haji Salleh. Disebelah Hj Ahmad adalah isteri beliau, Hajjah Hanipah bt Othman. Yang Sulung namanya Umi Kalthum, mempunyai empat orang anak. Arifuddin, Fahmi, Amirah dan Ikmal. Mokhtar adalah anak yang kedua (sebelah kanan) Dia ni budak baik. Selalulah orang kampung dok puji dia nii!! sebab rajin azan kat surau Kampung Pinang. Mempunyai lima orang anak. Abdullah Omar, Hadi, Sapiah, Fawaz dan Fathi. Tinggal di kondominium Kota Damansara. Yang ketiga ni yang susah sikit nak cerita. Ada iras-iras Kuswadinata!(kata oranglah) Nakal tak leh nak kata. Kena rendam dalam tong drum dah biasa! Rotan tak jadi hal! Kaki terbelah, lapan jahit no hal! Mandi lombong, sampai lemas dua kali (mak tak tahu tu!) tak serik! Kenangan terakhir kena sembat dengan tali pinggang, masa tingkatan dua. Pinjam motor tak pulang kunci. Terus pi tengok "six million dollar men" kat rumah Pakcik Sitam. Aleh-aleh orang bagi tahu "bapak kau cari". Tak nangis pooonnn. Buat muka seposen masuk rumah, mandi terus pergi surau. Habis cerita. Eh!! lupa lak nak bagi tahu nama.... lain kali je lah!! Anak dan empat. Luqman, Solleh, Hakimi dan Syawal. Siti Hajar anak yang ke empat. Cememeh!!!! kena sikit dah nangis. No 3 tulah yang selalu mengusik! Anak dah empat. Izati, Faiz, Aida dan Fahimah. Sekarang tinggal di Tikam Batu, Sg Petani. Suami dia adalah salah seorang yang menyaksikan sendiri dan berpengalaman panjat pokok kelapa semasa Tsunami. Nak tahu cerita pi jumpa dia la! Yang no 5 ni memanglah manja. Anak bongsu kannn! Harap pegang bola aje lah!! Sekarang ni kalau suruh kejo bola tu, hampeeehh!! Paling bernasib baik sebab kami abang2 dan kakak2 dia terpaksa banyak ber alah. Mainan dialah paling banyak. Apa nak semua dapat! Cita-cita nak jadi penulis. Manuskrip tak pernah hantar.... last-last tulis kat blog ajelah!!!! Mohd Asri namanya. Sekarang anak baru dua. Hidayah dan Atikah. Tinggal di Subang Bistari.

Sunday, February 26, 2006

Siapa itu 'Mat Selangor'

Haji Ahmad Bin Haji Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mat Selangor', dilahirkan di Kuala Selangor. Beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 50'an