Assalamua'alikum,
Di hotel kami memang membina hubungan sesama 
Jemaah jiran bilik hotel. Kami makan bersama dan kami pergi masjid juga bersama. 
Bersembang-berbual dan bertanya khabar. Begitu juga dengan pekerja hotel yang 
rata-rata berbangsa Bangladesh. Malah kami beruntung kerana kami mendapat 
seorang pemandu teksi Bangladesh yang pernah bekerja di Pulau Pinang selama 5 
tahun. Beliau dengan sukarela sedia menghantar kami ke mana sahaja yang kami 
ingini. Cuma kerana kekangan masa dan fulus kami hanya sekadar menyimpan sahaja 
nombor telefon beliau yang bernama Said. Emak kami pula suka bersedekah 
buah-buahan kepada pekerja hotel. Hikmahnya....semasa kami di Mekah kami 
menginap ditingkat dua hotel...maka ok lah juga  tak tinggi sangat. Tetapi 
ketika di Madinah kami menginap di tingkat 8. Memang sukar. Berebut-rebut 
menaiki lif. Saya mula mencari idea. Akhirnya saya bertemu seorang pekerja hotel 
yang mengajak saya menaiki lif khas pekerja hotel... Alhamdulillah. Selepas dari 
itu kami mudah turun dan naik ke hotel, tanpa perlu 'menipu lif'. Apa itu 
'menipu lif'? Di sana anda akan faham. Ada Jemaah yang tinggal ditingkat yang 
tinggi, akan menaiki lif yang turun ke bawah dari tingkat satu. Bermakna ketika 
lif buka di tingkat satu mereka akan masuk memenuhi lif. Apabila lif turun ke 
tingkat Ground Floor, lif sudah penuh.....
Al-Kisahnya...
Suatu 
hari kami menaiki teksi yang pemandunya warganegara Bangladesh. Setelah 
bertanyakan harga tambang dan kami setuju dengan tambang yang ditawarkan, saya 
terus masuk ke dalam teksi tersebut dan duduk di kerusi bahagian hadapan. 
Kemudian barulah Ucu dan yang lain masuk dan duduk di bahagian belakang. Pesan 
dari dulu kini dan selamanya oleh jemaah-jemaah haji ialah ketika masuk ke dalam 
teksi, biar lelaki yang masuk dahulu kemudian baru perempuan. Kalau keluar teksi 
pula pastikan perempuan pula yang keluar dahulu. Dan inilah yang sentiasa kami 
amalkan sepanjang kami menaiki teksi di Mekah. Walaupun ini Tanah Haram namun 
segala kemungkinan boleh berlaku tanpa kita jangkakan. Sedang saya mengelamun 
dan melihat-lihat sekitar bandar Mekah, saya disapa oleh pemandu teksi tersebut. 
            
“Anta Malazie?” tanya beliau.
            
“Na ‘am, ana Malazie,” jawab saya.
            
“Haji?” tanya beliau lagi.
            
“Na ‘am,” jawab saya sambil memandang tepat kemukanya.
            
“Penang?” antara dengar dengan tidak.
            
“La’, Kuala Lumpur,” jawab saya tersenyum sambil menoleh ke arah Ucu. 
Sekadar ingin memberitahu Ucu bahawa saya juga boleh berbahasa Arab.
            
“Saya kerja Penang dulu,” tiba-tiba pemandu tersebut berbahasa 
Melayu.
            
“Oh! Pulau Pinang?” tanya saya pula terkejut.
            
Kami di dalam teksi tersebut semakin seronok apabila mendapati beliau 
boleh berbahasa Melayu. Emak, Uda, Sobah dan Ucu kedengaran berbisik-bisik di 
belakang. Mungkin mereka juga tidak menyangka pemandu tersebut pernah bekerja di 
Pulau Pinang.
            
“Berapa lama kerja di Pulau Pinang?” semakin seronok pula saya 
bertanya.
            
“Lima tahun,” jawab beliau.
            
“Sudah kahwin?”
            
“Sudah,”
            
“Berapa anak?”
            
“Empat,”
            
“Isteri duduk di Bangladesh?”
            
“Tidak, sini duduk,”
            
“Berapa lama bawa teksi di Mekah?” perbualan kami semakin 
rancak.
            
“Empat tahun,”
            
“Sudah buat haji?”
            
“Sudah, 2 tahun dulu,”
            
“Ini teksi sendiri punya?”
            
“La’, la’, ini sewa sama syarikat,”
            
“Berapa bayar satu hari?”
            
“60 Riyal, sini Arab susah cari makan, Malaysia 
senang,”
 


 
No comments:
Post a Comment