Islamic Widget

Tuesday, February 02, 2010

Keindahan Islam Merentasi Sempadan Agama


Sejarah membuktikan, Muhammad bin Abdullah telah mengarahkan tentera-tenteranya dalam satu peperangan supaya rumah-rumah ibadat jangan diruntuhkan, rahib-rahib, jangan dibunuh, anak-anak dan perempuan jangan dibunuh malah, Muhammad bin Abdullah juga turut menggesa supaya pokok-pokok kurma yang sedang berbuah jangan ditebang.... Kini lihatlah sendiri, ajaran Muhammad bin Abdullah itu telah direalisasikan dalam kepimpinan seorang Ulama yang dapat kita saksikan dengan empat biji mata kita yang masih berfungsi. Inilah keindahan Islam yang keagungannya merentasi batasan agama, bangsa dan negara.
Kisah Muhammad bin Abdullah ini dipetik dari buku tulisan Abdul Hakim Ahmad bertajuk "Muhammad bin Abdullah, Peribadi Seorang Pejuang. Terbitan PTS

Memerangi Kaum Yahudi Bani Qainuqa’ – Bukti Nabi Muhammad pernah bersosial dengan kaum Yahudi yang zalim
Kaum Yahudi Bani Qainuqa adalah merupakan satu kaum yang hidup aman dan makmur bersama-sama orang-orang Islam yang lain. Mereka telah berjanji setia dengan Nabi Muhammad untuk bersama-sama memelihara keamanan Madinah. Namun begitu sifat dendam dan iri hati tetap membara di jiwa mereka dalam diam. Mereka merasa dengki dan iri hati kerana Nabi Muhammad yang keturunan Arab telah mengaku bahawa beliaulah nabi akhir zaman. Bagi kaum Yahudi nabi akhir zaman adalah sepatutnya dari kaum mereka sendiri.
Biarpun begitu mereka tidak berani membuat pertentangan secara terbuka. Ini adalah kerana mereka tahu akan kekuatan tentera Islam. Malah mereka juga sangat kecil jumlahnya dengan jumlah orang-orang Islam yang semakin hari semakin ramai. Maka mereka hanya memendam perasaan benci dan dendam didalam diam. Kaum Yahudi Bani Qainuqa ini merupakan kaum yang sangat pandai dalam bidang pertukangan besi dan mewarna pakaian. Mereka mahir dalam pembuatan baju besi serta peralatan perang. Mereka juga mempunyai pasar mereka sendiri yang dinamakan Pasar Bani Qainuqa. Apabila Nabi Muhammad dapat menguasai Madinah nabi telah menggalakkan orang-orang Islam berniaga. Maka nabi juga telah membina sebuah pasar yang diberi nama Pasar Al-Ansari. Pasar ini dibina bersebelahan dengan Pasar Bani Qainuqa.
Pembinaan pasar Al-Ansari ini telah membuatkan orang-orang Yahudi semakin membenci nabi. Mereka merasa risau pelanggan mereka akan berkurangan. Namun begitu nabi tidak pernah melarang orang-orang Islam membeli belah di kedai orang-orang Yahudi. Malah kaum wanita Islam juga sangat suka membeli barang-barang serta membuat warna pakaian mereka dari Pasar Bani Qainuqa. Keterbukaan nabi itu membuatkan orang-orang Yahudi mengambil kesempatan. Mereka mula melakukan perkara-perkara sumbang sambil menghina Nabi Muhammad.
Kaum Yahudi semakin melampaui batas. Mereka mula berani mengganggu kaum wanita Muslim yang datang berurusan dengan mereka. Suatu hari seorang wanita muslim telah pergi ke Pasar Bani Qainuqa untuk menjual pakaian. Sedang wanita itu berurusan dengan tuan punya kedai tersebut beliau tidak menyedari seorang lelaki Yahudi lain telah memaku pakaiannya pada tempat duduknya. Apabila beliau selesai berurusan, beliau pun bangun dari tempat duduknya. Tiba-tiba pakaiannya telah terkoyak sehingga menampakkan aurat belakangnya. Menyedari auratnya telah terbuka wanita muslim itu lantas menjerit sekuat hati. Melihatkan perlakuan wanita muslim itu, lelaki-lelaki Yahudi yang melakukan perkara tersebut ketawa gembira.
Pada ketika yang sama seorang sahabat Nabi Muhammad juga berada di situ. Beliau sangat marah dengan perlakuan biadap pemuda-pemuda Yahudi tersebut. Beliau lantas memukul pemuda Yahudi yang melakukan perkara hina itu. Akhirnya pemuda Yahudi itu telah menemui ajalnya disitu juga. Melihatkan rakannya telah tidak bernyawa, maka lelaki-lelaki Yahudi yang lain pula telah memukul balas pemuda Islam tersebut. Sahabat nabi juga telah meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk.
Peristiwa ini telah diberitahu kepada Nabi Muhammad. Pantas Nabi Muhammad pergi ke Pasar Bani Qainuqa untuk menyuraikan perbalahan. Nabi telah menasihati mereka dengan menyatakan bahawa hendaklah mereka berhati-hati dengan kemurkaan Allah sebagaimana yang telah menimpa kaum Quraish dalam peperangan Badar. Nabi juga menyatakan bahawa beliau adalah merupakan seorang Nabi akhir zaman yang telah diutuskan oleh Allah, seperti yang telah dituliskan di dalam kitab orang-orang Yahudi sendiri.
Tujuan sebenar Nabi Muhammad bukanlah untuk membalas balik perbutan orang-orang Yahudi yang telah membunuh sahabatnya. Beliau hanya mengharapkan orang-orang Yahudi itu menerima agama Islam. Agar mereka selamat dunia dan akhirat. Namun kaum Yahudi tetap dengan kesombongan mereka. Malah mereka menghina nabi dengan mengatakan nabi berperang dengan orang yang tidak pandai berperang. Maksud mereka, tentera Islam yang berperang dalam peperangan Badar bukanlah lawan sebenar. Merekalah yang selayaknya untuk di ajak berperang, iaitu orang-orang Yahudi Bani Qainuqa itu sendiri.
Selepas peristiwa itu Nabi Muhammad yang faham akan tingkahlaku kaum Yahudi yang tidak mahu berbaik-baik, telah mempersiapkan pasukan tenteranya. Kemudian nabi telah mengepung perkampungan Bani Qainuqa selama 15 hari 15 malam. Apabila merasakan keadaan mereka sudah tidak selamat, maka kaum Yahudi itu telah bersetuju untuk menyerah diri. Nabi Muhammad telah bermesyuarat bersama tentera-tenteranya. Keputusan yang diambil ialah semua kaum lelaki Yahudi Bani Qainuqa hendaklah dibunuh. Kaum wanita dan anak-anak mereka hendaklah ditawan serta harta-harta mereka pula dirampas.
Namun oleh kerana desakan dari seorang ketua munafik besar iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul yang mempunyai hubungan dengan kaum Yahudi tersebut, nabi telah mengarahkan kaum Yahudi hanya diusir keluar dari Madinah.

No comments: