Islamic Widget

Tuesday, September 29, 2009

7 Syawal 1430, 26 September 2009, Alhamdullah dapat sekali lagi menziarahi Mat Selangor.
Syukur juga kerana dapat melaksanakan niat untuk ziarah Kubur Mak Ngah Noraini Shafie dan Tok Aji. Sempat juga mengimbau kenangan dengan anak-anak tentang mereka bertiga. Semoga Allah menempatkan mereka bersama orang-orang di Redhai Allah. Amin... Al-Fatihah..




Di sinilah tempat Mat Selangor desemadikan














Noraini binti Shafie
Lahir 4.3.1959
Kembali ke Rahmatullah 24.7.2001
Bersamaan 3 Jamadil Awal 1422
Semoga dicucuri Rahmat keatas Rohnya
Amin









































Kilang Vitagen terbakar 6.9.2009
Berada betul-betul dihadapan
Tanah Perkuburan Seksyen 14
Petaling Jaya














Hajjah A'ishah binti haji Idris
Kembali Kerahmatullah Ta'ala
Pada 23.4.1985
Bersamaan 3 Syaban 1405




Aku teringin sangat nak tahu,
Siapakah orangnya yang telah
mengukir tulisan ini ?
Mungkin Pak Usu Yunus ada
jawapannya....
"AL-FATIHAH, HAJJAH A'ISHAH"


















Thursday, September 24, 2009

20 September 2009, 1 Syawal 1430. Kami sekeluarga berpakat mengubah haluan pagi Syawal. Lazimnya setiap pagi Syawal rumah Mak Unggal adalah tempat singgahan kami yang pertama. Namun atas permintaan emak, kami terus ke Sg. Besar rumah Mak Lamah. Alhamdulillah beliau ada di rumah. Setelah menjamu selera dan ole-oleh dari Mekah kerana Mak Lamah baru kembali menunaikan Umrah awal Ramadhan di sana, kami ke pusara Tok Menah dan Pak Hamzah. Tahun lepas aku dah ke sini bersama Arifuddin. Puas kami mencari kubur Tok Menah, tetapi tak berjumpa... Alhamdulillah kini kami kembali lagi....menigmbau kenangan bersama Tok Menah yang kami rindui.... Manusia yang tidak pernah kutemui amarahnya. Lembut suaranya sambil menggoreng pisang dengan dapur arang.... ohhhh... kuhirup kopi Tok Menah... petang itu bersama goreng pisang panasnya. Terimkasih Tok Menah kerana membesarkan kami dengan seadanya...

Kami tidak lama dengan Pak Hamzah. Tetapi ingatan kukuh kami masih tersimpan erat di sebuah teratak uzur bersebelahan bengkel besi. Bingit telinga dengan bunyi besi dipotong membuatkan kami terngiang-ngiang hingga pulang....kecil-kecil lagi kami dibawa ke Sg. Besar dengan feri dari pengkalan Kuala Selangor ( yang tinggal sejarah ) oleh Tok Menah. Pak Hamzah orangnya suka tersenyum. Berbadan tegap dan kental. Usaha pertaniannya telah mengajar aku cara mengopek dan memproses buah koko. Masam buah koko masih terasa...





Kubur Allahyarham Pak Hamzah







Bersama keluarga Pak Usu Majid







Doa Selamat dan Tahlil













Mak Lamah














Batu Nisan Tok Menah



Wednesday, July 08, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Monday, June 22, 2009

2nd Batch


Teka apakah yang telah menarik perhatian
Ikmal dan Mak Lang tuuu...


Pak Lang tuu pulak tersengeh sorang-sorang...




"Diorang ni kan... tak sopan langsung..

buang sampah merata-rata..." kata Atiqah dan Hidayah

Tuu Pak Lang punya keja lahh tuuu, sepah kan

gula-gula...kan susah nak kutip...



Fuuuyyooo.. Fahimah berlari dengan
kencangnya... sedangkan Atiqah dan
Hidayah tertinggal dibelakangnya..









On your mark, get set, opppssss
nanti sat... seluaq Pak Long nak tertanggal pulak..










Apa niii!!!! lambatlahhh Pak Lang...
Kita orang dah tak sabar niii...
nak belasah Pak Lang...sebab repeat game
dua kali...







Tuuu baju buat macam tuuu, nak isi

gula-gula yea...tanya Fahimah











Pak Uda! Pak Uda!
Aida nak join boleh tak?





SAMBUTLAH SAYANG





BAWA BOLA PING-PONG



SUSUKAN BAPA




HARI KELUARGA DAN SUKANEKA 7-9 JUN 2009


Ni kan, nama dia Fathi.
Dia ni pemalu, tapi manja ngan umi dia.
Kesian kat adik dia si Fawza.
Tuuuu.. tengah manja-manja ngan umi dialah tuuu..





Naib Johan Bersama
KUMPULAN EHSAN

Belakang, Hadi, Mak Uda Siti, Mak Lang Saabihah, Luqman
Depan, Fahimah, Aida dan Ikmal




Naib Johan Bersama
KUMPULAN IMAN

Belakang, Safiah, Pak Ngah Mokhtar, Mak Long, Faiz
dan Fahmi
Depan, Fathi, Fawwaz dan Hakimi




JOHAN
SUKANEKA MAT SELANGOR.COM 2009

KUMPULAN TAQWA
Belakang, Amirah, Mak Ngah Jamilah, Fawza
Solleh, Abang Udin, Pak Uda Fadzli
Depan, Syawal dan Izzati



Mak Long bagi hadiak kat Solleh
sebab berjaya menyelamatkan Atiqah...






Tuuu....Yusuf tengah geram sebab kakak dia
Hidayah tak bagi mikrofon kat dia lah tuuu..









Inikan, nama dia kan Fahimah...
Dia kan kawan baik ngan Hidayah
dan Atiqah...
Tahun ni kan masa pertandingan
mewarna, dia langsung tak tidor tau...





Inikan nama dia kan, Pak Long Sani.
Badan dia kan dari dulu maintain...
Nantikan kita tengok episod akan datang...mesti dia dah kurus...
Sebabkan dia hari-hari training badminton....!!!





Inikan nama dia kan Mak Long Com.
Tak ada dia kan apa program tak jadi.
Kami semua "suspect" kat dia tau...
Orang kanan nenek ni....syhiiiii!!!
Jangan usik-usik, nanti Pak Long marah
kan...kan...kan...



Gambarni kan, kalau korang nak tau,
Pak Lang tu kan menangis tau..
Sebab kan, si Syawal dah habiskan susu Pak Lang....
lepas tu kan...kan..kan..
Korang pikirlah sendiri!!!!
Tapi kan gambar ni "Best of the Year 2009"
dalam pertandingan di London..tau.



Tu tengok tu... Pak-pak menakan
dah ketagih susu...
Anak punya susu pon diaorang nak...
Tak malulah diorang ni kan..kan..kan..






Tuuuu hah aih!!! baguih punya Pak Uda
Fahimah punya susu pon dia tala nooo..
Kesian kat Fahimah kan..kan..kan...





Mak Long! Mak Long!
Tolonggggg...
Ucu Asri tercekek tutup botollllll!!!!!








Eeewwaaah...hah sambut Pak Long!!








Tang ni kan, Ucu Asri kan dia mesti kalah tau.
Sebab dari kecik tangan dia kecik sebelah.
Sebab dia selalu hisap ibu jari....tau..




Mak Su tu tengah jampi ke apa?
Mak Ngah pulak tengah pulun baca doalah tuuu..
Tengok Mak Lang dan Mak long tuuu,
releks je kan..kan..kan..





Mak Uda niii leceh lahhh..
Tuuu Pak Uda bagi, sambutlah...
Dari tadi tak sambut-sambut....
Tapi kan, cuba teka, siapa yang baling,
dan siapa yang sambut?














Apa tu Pak Lang ooiii!!
Apa boleh menang ke!!!

Ke dah tau nak kalah..




Bismillah!!! kata Mak Su
Alhamdulillah !!! kata Mak Lang
Mak Ngah ngan Mak Uda lakkk
tak tau apa dia cakap..laaa




Bersiap sedia untuk melontarkan
bom-bom yang akan meletup
menggegarkan Selat Melaka..

Si Syawal duduk tengah-tengah tuu nak
kena bom ke???




Ini kan, gambar kami sekeluarga.
Yang tak ada dalam gambarni kan, Ucu Asri
ngan Abang Abdullah.
Ucu Asri tu kan sebab dia yang ambik gambo,
Abang Abdullah pulak tak leh cuti...
Tapi tak pa... elok jugak dia tak da...
kalau tak kumpulan dia mesti bolot semua hadiah...




Dari kiri, Faiz, Pak Uda, Aida
Depan, Fahimah, Hidayah dan Fathi







Ni kan tengah pertandingan mewarna...
Abang Hadi, Mak Long dan Mak Lang tu kan,
masuk jugak ke????





Mak Uda bagi hadiah kat Luqman
menang pertandingan kutip gula-gula
dalam tepong...






Ni pulak Mak Uda bagi hadiah kat
Abang Hadi, menang pertandingan
karangan "Mari menangkap ikan haruan"





Hakimi tengah pilih warna.
Nak tolong Atiqah, sebab kan..kan..
kalau Atiqah menang, dia boleh
kongsi hadiah tau...





Tu aida tu tengah tekan perut...
Mesti dia silap makan Kopi Radik...
Orang kan minum, dia pulak makan...






Tepilahhh Mak Long...!!!
Kang langgar kang..kan..kann







Hidayah ni kan, pemalu orangnya...
Si Syawal tu dok usik dialah tuuuu..







Hah tu bukti Ikmal tolong Atiqah...
Ini tak adil...
Nanti kita bagi tau kat Pak Lang...















Haiii!!!! kami ni tiga sekawan.
Kami bersahabat karib.
Tapi kan..kami tengah marah ni....
Sebab Pak Lang dah sorok kan
bola ping-pong kami...macam ni kalah lah...