(Lagu ini pertama kali dinyanyikan oleh kumpulan Boria Mat Selangor (Izati, Amirah dan Safiah) pada program Hari Keluarga Mat Selangor .Com di Rumah Peranginan TNB, Port Dickson 17 Hingga 18 Disember 2006)
Assalamua'laikum kami ucapkan
kepada keluarga yang budiman
boria Mat Selangor membuat persembahan
semoga menghibur tuan dan puan
Pak Long dan Mak long kaya orangnya
ada kereta Toyota dan Waja
anak-anaknya sihat belaka
yang perempuan bernama Amirah
Pak Ngah dan Mak Ngah tinggal di Damansara
Orangnya warak ke surau saja
selalu dipanggil membaca doa
anak-anaknya alim belaka
Pak Lang dan Mak Lang keluarga mithali
anaknya empat semua lelaki
minat membaca dan berkarya
orangnya garang tak terkira
Ucu dan Mak Su tinggal di Subang Jaya
siang dan malam sibuk bekerja
jarang sekali dapat bersama
anak-anaknya comel belaka
Pak Uda dan Mak Uda dari utara
selalu bawa balik pisang dan kelapa
sampai sarat kereta Iswara
sekali sekala balik seronok rasanya
Nenek Hanipah baik orangnya
bila memasak sedap rasanya
jika bersembang senyum sahaja
cucunya ramai tak terkira
sampai di sini persembahan kami
salah dan silap harap maafi
ini gurauan jangan ambil hati
izinkan kami mengundur diri.....
Dari Kuala Selangor ke Petaling Tin kemudian ke Kampung Pinang Tunggal yang dipecah dua kepada Kampung Seri Pinang. Berpindah ke Kampung Pasir Lama kerana projek perpindahan setinggan selama 2 tahun lebih di rumah panjang. Berpindah semula ke Taman Seri Sentosa pada 27.3.1988
Thursday, December 21, 2006
Monday, June 05, 2006

Di sebelah kiri, adalah adik tiri Hj Mat Selangor. Anak kepada Tok Uda. kami memanggilnya dengan panggilan Mak Unggal Yah. Sekarang tinggal di Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Rumah beliau sentiasa kami kunjungi setiap Hari Raya. Juga kalau ada majlis2 di Kuala Selangor, rumahnya pasti kami jadikan tempat melepas lelah. Semua anak2nya pandai memasak. Satu yang aku tak boleh mis bila Hari Raya, ialah air tangan Mak Unggal dengan ketupat nasi cicah kelapa goreng. Tak payah makan kuih lain pun tak apa. Kari ayam Mak Unggal Yah siapapun tak leh "celen!!!" menyengat habis. Kalau nak tahu pi lah rumah dia.....

Ini adalah gambar Hj Mat Selangor yang terakhir. Gambar ini diambil semasa kami sekeluarga berkelah di Ulu Yam. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya seminggu selepas gambar ini diambil.....gambar ini dirakamkan sewaktu beliau dah letih bermain bersama cucu2 kesayangannya waktu itu. Iaitu Arifudin, Abdullah Umar dan Abdul Hadi. Seingat saya, saya juga dapat menyaksikan beliau benar2 penat. Sehingga badannya menggeletar kesejukan. Lantas beliau berpaut pada batu besar itu. Kami juga sempat membakar ikan dan udang sebagai santapan "lunch" terakhir berasama Abah di air terjun Ulu Yam.
Thursday, March 02, 2006

Peristiwa ini dirakam ketika dirumah kami diadakan kenduri arwah. Rumah kami pada asalnya rumah atas. Kemudian diroboh dan diturunkan. Mungkin ini adalah kenduri meraikan rumah baru kami. Dari kiri Pak Wahab, Pak Talib Long, Haji Ahmad dan Pak Ulung Joned (abang Hj. Ahmad). Kesemua mereka ini sudah kembali kerahmatullah. Semoga roh-roh mereka dalam limpah kurnia Allah. Amin....

Dua beradik ini memang tidak dapat dipisahkan. Tok Menah dan Tok Uda. Kalau kami balik kampung, tidur rumah Tok Menah, Tok Uda akan datang bawa bantal dan selimut, untuk tidur dirumah Tok Menah bersama-sama kami. Dan telah menjadi kebiasaan kami, akan tidur keesokannya di rumah Tok Uda. Kini giliran Tok Menah pula bawa bantal dan selimut untuk tidur di rumah Tok Uda bersama-sama kami. Begitulah keakraban dua beradik ini. Sepanjang kehidupan mereka, sejak kecil, mereka tidak pernah berpisah. Pemergian mereka berdua pula dalam bulan Ramadhan. Kiri adalah TokMenah, mertua Hj Ahmad. Emak kepada emak kami. Nenek kamilah tu! Kanan adalah Tok Uda, emak tiri kepada Hj. Ahmad. Sayangnya Tok Uda kepada Hj. Ahmad, tidak pernah berbelah bagi. Sehingga ke akhir hayat Tok Uda, Hj Ahmad akan pulang menziarahi mak tirinya itu hampir setiap bulan.
Subscribe to:
Comments (Atom)















