Islamic Widget

Monday, December 27, 2010

KEMBARA MENCARI CINTA DUA HARAMAIN




khutbah
arafah





Padang Arafah






Sehari sebelum
wukuf











Rumah kelahiran
Rasulullah kini
dijadikan Perpustakaan

Tempat air Zam-zam
diluar Mesjid, berhampiran
rumah kelahiran Rasulullah
kini 'Perpustakaan'








Ka'bah pandangan dari bumbung Masjidil Haram

Rak kasut
ada 3 kemungkinan
bila kasut/selipar hilang
1. Salah letak
2. Jemaah lain alihkan
3. Cleaner ambil buang
4. Memang dicuri
Semua itu ujian Allah jua...




Pintu yang biasa
kami masuk...






Hijir Ismail








Mizab Rahmah - Corong Emas

















Imam







Saf kedua dihadapan
Ka'bah





'Syazarwan'
Kaki Lima Ka'bah













Senja pertama
di bumi Mekah






Melihat Ka'bah sahaja
sudah dapat pahala...





Lepas asar hari kedua
di dataran Masjidil Haram







Baguih punya Pak Lang..
soruu tak pernah miss....




Seterusnya beginilah
rutin harian kami..
Breakfast, Lunch dan Dinner
'High Class' hotel 4 bintang tuuu...
- rasa nak menitis air mata...



Macam-macam ada
meehoon, nasi lemak,
karipap, apam,
laksam pun ada Pak Ngah..
bukan kat Kota Damansara tau
Mekah pun ada 'Laksam'


Sarapan pagi
di hotel
- beli je...2 riyal
- air masak sendiri



Berjalan untuk pulang
ke Hotel Elaff Al Sud




Menghela nafas
setelah selesai
Tawaf, Saie dan
bertahallul..
Nenek dan Ucu
tetap bersemangat
biarpun kekejangan..


'Seronok Pak Haji'
kami belum haji...
ini baru Umrah Wajib..
.


Saie untuk Umrah Wajib



Selesai Tawaf utk Umrah
Wajib..



Sebak, pilu dan gembira
dalam lelehan air mata
kami, melihat Ka'bah

Langkah demi langkah
kami aturkan kaki
untuk mendambakan
kasih yang kami
rindui..








Rindu kami kian pasrah..
melihat menara dari jauh
debaran dan air mata
mula berkaca...





Selepas semua bagasi
dimasukkan ke dlm hotel
kami bergegas untuk
melakukan Umrah Wajib




Jeddah





Seronok pergi Haji'
Apakah ini tanda
seronok...
kami bukan pergi
'Disneyland'....





JEDDAH
Menunggu bas untuk
ke Mekah...





KLIA - Pesawat 'delay'
- pilot tak cukup tido..
- lepas subuh baru
tayar pesawat bergolek





Paklong ngan Maklong
juga tidak ketinggalan
untuk merasa kecerian
dan keberkatan menjadi
tetamu Allah









Pak Uda tetap
bersemangat untuk
ambil berkat...














Bagasi












Maklang seronok
dengan hadiah dari
Tbg Haji







Ucu tetap tenang dan ceria
dengan kain Ihram...biarpun
beratur panjang...namun
pujian perlu diberikan,
dengan kesabaran Ucu Asri...
Moga dapat haji mabrur...amin











Sibuk memeriksa
bagasi dan tag pada beg



Pak Uda turut ceria
mengiringi ..... moga
Pak Uda juga dijemput
menjadi tetamu Istimewa
di 2 tanah Haramain




Beratur untuk mendapat
name tag dan hadiah
dari 'rakan koperat'
Tbg Haji




Bakal Hajjah
Maklang sedang membetul
fokus kamera...

Nek Ngah dan Nek Su
turut mengiringi
semoga mereka juga
antara 'tetamu' yang
akan dijemput, Insyaallah amin...


Bagasi yang dihadiahkan
oleh Tabung Haji untuk
dibawa dalam pesawat

24.12.2010 / Ahad
15 Zulkaedah 1431H
Tbg Haji Kelana Jaya 6.00pm
Nenek sedang mengimbau
kenangan kerja haji dahulu...






Haji Mokhtar
Imam Mat
Selangor.com

22.12.2010 / Jumaat
13 Zulkaedah 1431H
Bacaan Yaasin dan
doa selamat
untuk bakal2 Hajjah/Haji
Mat Selangor


Tuesday, May 18, 2010










Cili api cili padi
mari dimasak tempoyak jering
Kenapa badan semakin berisi
sebab tak larat nak berjoging

Kenapa badan semakin sihat
sebab paklang rajin berjoging
Itulah akibat tak dengar nasihat
sampai perut kena stering

akibat malas asyik termenung
itu resam sikap cik Latif
jangan disalah ibu mengandung
kalau susah nak masuk lif

Thursday, May 13, 2010


Bukan Tidak Ada

Hari ini tidak ada susu dik, abang tidak ada duit hendak beli susu…
Air ini pun abang ambil dari air paip dekat mesjid seberang jalan tu.
Kau tidur dulu lah dik…
Mungkin sebentar lagi ada orang akan datang
Yang punya hati
Yang punya perasaan
Yang punya kemanusiaan
Sudi meletakkan sekeping dua duit syiling atau kertas
Atau mungkin hanya melirikkan mata jengkel mereka
Menahan muntah dan loya melihat kita…
Sabarlah dik…
Abang tahu kau lapar….
Tapi abang tak ada duit hendak beli makanan
Kau tidurlah dulu
Nanti sekejap lagi abang akan ke sana
Sebelum anjing dan kucing datang…
Di situ mungkin ada cebisan roti atau nasi untuk kita
Sabarlah dik
Kau tidurlah dulu…

Ahhh…abang juga letih dik…
Lelah mendukung kau yang tidak mampu berjalan
Entah mana kau hilangkan kasut yang tinggal sebelah
Tetapi tidak mengapa, sekejap lagi
Abang akan carikan kau kasut lain
Walaupun tak sama
Tapi cukup untuk mengalas tapak kakimu dari terluka
Dan abang tidak lagi perlu mendukungmu…

Ahh…abang juga letih dik…
Biarlah kita tidur saja di sini
Mungkin ada yang bersimpati
Membawa kita pergi dari sini

Kerana abang tahu
bukan tidak ada yang simpati
bukan tidak ada yang mengerti
bukan tidak ada yang sudi
membantu kita sebagai makhluk Ilahi

Cuma mereka geli
Geli melihat badan kita yang berdaki

Paklang