Islamic Widget

Sunday, September 02, 2007


Menyambut hari ibu dirumah Pak Su Asri








Nenek sedang memotong kek hari ibu


Nenek membaca Surah Yassin sempena hari ibu

















Saturday, January 06, 2007

HARI KELUARGA 2006


Pada 17 hingga 19 Disember 2006, kami waris-waris Mat Selangor telah mengadakan Program Hari Keluarga. Program ini diadakan di Rumah Peranginan TNB Port Dickson.






Berbagai-bagai program telah diadakan. Antaranya sukaneka, Qiamullail, bacaan yassin dan barbeque.







Acara yang paling menarik ialah permainan bola baling dan futsal. Permainan ini secara tidak langsung dapat merapatkan tali silaturrahim dan memberikan peluang kepada semua ahli keluarga bekerjasama dalam satu kumpulan.





Lihatlah bagaimamana anak-anak buah kami, dapat bermesra dan bermain bersama-sama emak-emak saudara mereka.







Dan lihatkan anak saudara kami Abdullah Umar yang bakat bolasepaknya semakin meningkat. Biarpun pada masa yang sama beliau merupakan pelajar Tahfiz.

Kami sebenarnya ingin mendidik anak-anak dan waris-waris Mat Selangor menjadi seorang manusia yang berjaya dalam pelbagai bidang di dunia dan di Akhirat. Insyaallah

Berdiri dari kiri Abdullah Umar, Hadi, Arifuddin, Paklong Sani dan Pak Uda Fadzli. Mereka sedang menyediakan barbeque kami semua....sudah pastinya enak. Lebih-lebih lagi apabila di cicah dengan air asam Paklong yang ummmph !!!





Kami sentiasa berdoa agar hati-hati kami sentiasa disatukan. Berikan kami Ya Allah! keberkatan hidup. Redhakanlah kami untuk SyurgaMu, biarpun sesungguhnya kami tidak layak. Namun kami juga tidak kuat menanggung siksa Neraka Mu...
Oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami...Amin.




Mandi sambil bergurau. Apalah yang dikenakan kepada si Fahmi tu..







Ini adalah dua Mak menakan yang sedang sibuk menyediakan makan malam kami semua....Kiri - Maklang Saabihah, Kanan Mak Uda Siti ( Mai dari Sg. Petani, semata-mata nak meraikan kegembiraan Hari Keluarga Mat Selangor.Com)





Anak-anak buah sedang sibuk mewarna, dalam pertandingan mewarna yang diadakan. Johan adalah adik Aida dari keluarga Mak Uda.

Thursday, December 21, 2006

BORIA MAT SELANGOR.COM

(Lagu ini pertama kali dinyanyikan oleh kumpulan Boria Mat Selangor (Izati, Amirah dan Safiah) pada program Hari Keluarga Mat Selangor .Com di Rumah Peranginan TNB, Port Dickson 17 Hingga 18 Disember 2006)

Assalamua'laikum kami ucapkan
kepada keluarga yang budiman
boria Mat Selangor membuat persembahan
semoga menghibur tuan dan puan

Pak Long dan Mak long kaya orangnya
ada kereta Toyota dan Waja
anak-anaknya sihat belaka
yang perempuan bernama Amirah

Pak Ngah dan Mak Ngah tinggal di Damansara
Orangnya warak ke surau saja
selalu dipanggil membaca doa
anak-anaknya alim belaka

Pak Lang dan Mak Lang keluarga mithali
anaknya empat semua lelaki
minat membaca dan berkarya
orangnya garang tak terkira

Ucu dan Mak Su tinggal di Subang Jaya
siang dan malam sibuk bekerja
jarang sekali dapat bersama
anak-anaknya comel belaka

Pak Uda dan Mak Uda dari utara
selalu bawa balik pisang dan kelapa
sampai sarat kereta Iswara
sekali sekala balik seronok rasanya

Nenek Hanipah baik orangnya
bila memasak sedap rasanya
jika bersembang senyum sahaja
cucunya ramai tak terkira

sampai di sini persembahan kami
salah dan silap harap maafi
ini gurauan jangan ambil hati
izinkan kami mengundur diri.....

Monday, June 05, 2006



Hah! tu tengah kira duit.... Di penjuru dapur rumah To Menah. Selepas kenduri kahwin Pak Usu Majid.....



Bergambar beramai2 di rumah Tok Itam Kassim, Kg Kuantan Kuala Selangor.


Ini adalah gambar isteri dan anak cucu Hj Ahmad. Hjh Noraini bt Shafie, bertudung kelabu telah kembali kerahmatullah. Tak nak cerita panjang2 nanti sebak.....


Ini adalah gambar Hj Othman. Bapa mertua Hj Ahmad. Bapa kepada Hjh Hanipah....emak kamilah tuuuuuu

Gambar ini dirakamkan sewaktu selesai mesyuarat salah sebuah parti kerajaan. Aku pun tak berapa pasti 'partai' yang Abah sertai!!! Sebab aku tak berminat dengan politik waktu itu....


Aku pasti tidak semua yang ada di dalam gambar ini memyimpan gambar ini. Namun inilah nikmatnya kenangan!!!. Kenanganlah yang mengajar kita erti kedewasaan dan mendewasakan kita dengan kematangan...

Ini adalah gambar Tok Utih bersama keluarga Hj Mat Selangor, sedang menikmati minum petang satu hari selepas Hari Raya. Satu sikap yang ada pada Hj Mat Selangor ialah beliau sangat suka menziarahi kaum keluarganya. Terutama orang-orang yang lebih tua daripadanya.

Gambar ini dirakamkan ketika majlis kenduri di rumah kami. Rumah panjang sementara di Kg Pasir, Pantai Dalam. Di sebelah kanan Abah, menantu Pak Cik Abu Amal, sebelah kiri Wak Brahim (meninggal) dan Abg Fauzi.

Di sebelah kiri, adalah adik tiri Hj Mat Selangor. Anak kepada Tok Uda. kami memanggilnya dengan panggilan Mak Unggal Yah. Sekarang tinggal di Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Rumah beliau sentiasa kami kunjungi setiap Hari Raya. Juga kalau ada majlis2 di Kuala Selangor, rumahnya pasti kami jadikan tempat melepas lelah. Semua anak2nya pandai memasak. Satu yang aku tak boleh mis bila Hari Raya, ialah air tangan Mak Unggal dengan ketupat nasi cicah kelapa goreng. Tak payah makan kuih lain pun tak apa. Kari ayam Mak Unggal Yah siapapun tak leh "celen!!!" menyengat habis. Kalau nak tahu pi lah rumah dia.....


Hj Mat Selangor, dengan tali leher 'biskut merie' bersama isteri dan 3 orang anak-anak kesayangannya


Ini adalah gambar Hj Mat Selangor yang terakhir. Gambar ini diambil semasa kami sekeluarga berkelah di Ulu Yam. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya seminggu selepas gambar ini diambil.....gambar ini dirakamkan sewaktu beliau dah letih bermain bersama cucu2 kesayangannya waktu itu. Iaitu Arifudin, Abdullah Umar dan Abdul Hadi. Seingat saya, saya juga dapat menyaksikan beliau benar2 penat. Sehingga badannya menggeletar kesejukan. Lantas beliau berpaut pada batu besar itu. Kami juga sempat membakar ikan dan udang sebagai santapan "lunch" terakhir berasama Abah di air terjun Ulu Yam.

Siapa ini cuba teka?
Yang kanan tulah yang pegang bola dalam gambar ramai2. Manakala yang kiri tu pula sicememeh yang tinggal di Tikam Batu.

Tuesday, March 07, 2006

Thursday, March 02, 2006


Peristiwa ini dirakam ketika dirumah kami diadakan kenduri arwah. Rumah kami pada asalnya rumah atas. Kemudian diroboh dan diturunkan. Mungkin ini adalah kenduri meraikan rumah baru kami. Dari kiri Pak Wahab, Pak Talib Long, Haji Ahmad dan Pak Ulung Joned (abang Hj. Ahmad). Kesemua mereka ini sudah kembali kerahmatullah. Semoga roh-roh mereka dalam limpah kurnia Allah. Amin....

Dua beradik ini memang tidak dapat dipisahkan. Tok Menah dan Tok Uda. Kalau kami balik kampung, tidur rumah Tok Menah, Tok Uda akan datang bawa bantal dan selimut, untuk tidur dirumah Tok Menah bersama-sama kami. Dan telah menjadi kebiasaan kami, akan tidur keesokannya di rumah Tok Uda. Kini giliran Tok Menah pula bawa bantal dan selimut untuk tidur di rumah Tok Uda bersama-sama kami. Begitulah keakraban dua beradik ini. Sepanjang kehidupan mereka, sejak kecil, mereka tidak pernah berpisah. Pemergian mereka berdua pula dalam bulan Ramadhan. Kiri adalah TokMenah, mertua Hj Ahmad. Emak kepada emak kami. Nenek kamilah tu! Kanan adalah Tok Uda, emak tiri kepada Hj. Ahmad. Sayangnya Tok Uda kepada Hj. Ahmad, tidak pernah berbelah bagi. Sehingga ke akhir hayat Tok Uda, Hj Ahmad akan pulang menziarahi mak tirinya itu hampir setiap bulan.

Wednesday, March 01, 2006



Kenangan ini tidak akan dapat dinikmati lagi......Segala-galanya sudah berlalu pergi...



Ini namanya Mak Uda. Si cememeh! tuuuu

Sembang sambil minum petang! Hj Ahmad bersama keluarga.


Di rumah Tok Itam. Kenduri beliau pergi haji.


Nanti kalau ada masa kita cerita gambar di sebelah...


Inilah pos istimewa yang tidak akan lupa dari ingatan! Sebab? Tanya itu Kuswadinatalah...giginya tu yang mahal.


Berdiri dari yang kiri sekali adalah Hj Ahmad Salleh. Berdiri yang kanan sekali, adiknya Haji Mohd Yunus. Duduk di hadapan itulah nenek kami. Hajjah Aishah bt Hj Idris. Kami memang banyak dosa dengannya. Semasa kecil, kami selalu melawan kata-katanya. Namun denganyalah kami khatam Al-Quran. Malam sebelum beliau meninggal dunia, ketika itu kami sekeluarga sedang menonton tv. Beliau yang baru keluar dari hospital terlantar sakit di atas katil di tengah-tengah rumah kami. Tiba-tiba keluar suara darinya; "Assalamua'laikum!" yang agak kuat. Kami yang sedang menonoton tv itu terpinga-pinga. Mengapa pulak atok bagi salam? Kepada siapa dia bagi salam? Abah, pantas bangun mendekatinya. "Kenapa mak?" tanya Abah. "Aku bagi salam kenapa kau tak jawab?" soal atok. Abah pun menjawab salam. Kami juga menjawab salam atok, sambil tertanya-tanya sesama sendiri. Lebih kurang pukul dua pagi, kami dikejutkan oleh emak. "Atok dah nazak," katanya. Pantas kami bangun mengambil wudhu' dan membaca Yassin beramai-ramai di sebelahnya. Aku yang terlalu banyak berdosa dengan atok, sungguh terharu dan sebak sekali. Air mataku tidak dapat ditahan-tahan. Ku pegang kaki atok, dan itulah pertama kali aku pegang kakinya. Sejuk!. Abah menyuruh aku memeriksa kuku kakinya. Biru! Abah juga tidak dapat menahan sebak. Kulihat Abah sedaya upaya mengajar atok mengucap. Aku sendiri dapat mendengar suara atok mengucap. Tetapi tidak jelas kerana suaranya sudah terkedalam bercampur kahak. Aku pasti atok sedang mengucap. Rentak dan irama di ikutnya, serentak dengan nada suara Abah yang mengajarnya mengucap. Akhirnya pergilah atok dengan seribu kekesalan. Walaupun aku nakal dan selalu melawan kata-katanya, namun itulah atok yang mendewasakan aku dengan Al-Quran! Waktu subuh dia akan mengejutkan kami semua untuk solat subuh. Bila musim peperiksaan, aku akan minta atok kejutkan aku awal pagi. Kerana nak baca buku konon. Sememangnya menjadi amalan hariannya solat Qiamullail setiap hari. Pernah suatu ketika setelah mengejutkan aku untuk bangun (aku yang suruh!) namun aku masih di atas katil, melengkor juga. Tiba-tiba muka aku basah! rupa-rupanya atok sapukan air ke muka ku!!!! "Aku kejut tak nak bangun!" kata atok.


Gambar ini diambil dihadapan rumah Tok Menah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Sekarang rumah ini sudah tinggal tapak saja. Baru-baru ni kami telah pergi menjejaki tapak rumah ini. Sekadar untuk mengimbau kenangan. Dalam hati kecil kami "di sinilah darah kami tertumpah!, di sinilah kami didewasakan, disinilah kami terluka jari bermain mercun, disinilah kami bergaduh berebutkan buah manggis dan rambutan, disinilah kepala kami berdarah terantuk alang kayu bawah rumah, disinilah kami jatuh perigi, disinilah segala-gala kenangan yang mewarnai secebis memori kami...
Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui, jiwa kerdil kami asalnya di sini...


Ini adalah gambar bapa kepada emak Ahmad bin Haji Salleh