Dari Kuala Selangor ke Petaling Tin kemudian ke Kampung Pinang Tunggal yang dipecah dua kepada Kampung Seri Pinang. Berpindah ke Kampung Pasir Lama kerana projek perpindahan setinggan selama 2 tahun lebih di rumah panjang. Berpindah semula ke Taman Seri Sentosa pada 27.3.1988
Thursday, March 02, 2006
Dua beradik ini memang tidak dapat dipisahkan. Tok Menah dan Tok Uda. Kalau kami balik kampung, tidur rumah Tok Menah, Tok Uda akan datang bawa bantal dan selimut, untuk tidur dirumah Tok Menah bersama-sama kami. Dan telah menjadi kebiasaan kami, akan tidur keesokannya di rumah Tok Uda. Kini giliran Tok Menah pula bawa bantal dan selimut untuk tidur di rumah Tok Uda bersama-sama kami. Begitulah keakraban dua beradik ini. Sepanjang kehidupan mereka, sejak kecil, mereka tidak pernah berpisah. Pemergian mereka berdua pula dalam bulan Ramadhan. Kiri adalah TokMenah, mertua Hj Ahmad. Emak kepada emak kami. Nenek kamilah tu! Kanan adalah Tok Uda, emak tiri kepada Hj. Ahmad. Sayangnya Tok Uda kepada Hj. Ahmad, tidak pernah berbelah bagi. Sehingga ke akhir hayat Tok Uda, Hj Ahmad akan pulang menziarahi mak tirinya itu hampir setiap bulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment