Dari Kuala Selangor ke Petaling Tin kemudian ke Kampung Pinang Tunggal yang dipecah dua kepada Kampung Seri Pinang. Berpindah ke Kampung Pasir Lama kerana projek perpindahan setinggan selama 2 tahun lebih di rumah panjang. Berpindah semula ke Taman Seri Sentosa pada 27.3.1988
Wednesday, March 01, 2006
Gambar ini diambil dihadapan rumah Tok Menah di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Sekarang rumah ini sudah tinggal tapak saja. Baru-baru ni kami telah pergi menjejaki tapak rumah ini. Sekadar untuk mengimbau kenangan. Dalam hati kecil kami "di sinilah darah kami tertumpah!, di sinilah kami didewasakan, disinilah kami terluka jari bermain mercun, disinilah kami bergaduh berebutkan buah manggis dan rambutan, disinilah kepala kami berdarah terantuk alang kayu bawah rumah, disinilah kami jatuh perigi, disinilah segala-gala kenangan yang mewarnai secebis memori kami...
Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui, jiwa kerdil kami asalnya di sini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment