Setelah selesai melakukan Umrah Wajib, kami pulang ke hotel dibawa oleh 'Mutawwif' kami sendiri yang ditempah dari Malaysia....Ucu Asri....
Di Hotel Penginapan
1. Maklumat tentang penginapan dilekatkan di belakang tanda nama jemaah haji.
2. Setelah tiba di bilik penginapan, ketika dibenarkan untuk berehat sebelum melakukan umrah wajib, turunlah dari hotel dan lihat sekeliling hotel. Kenal pasti nama-nama kedai, nama jalan dan bentuk-bentuk bangunan persekitaran.
3. Ketika pertama kali keluar dari hotel untuk melakukan umrah wajib, pastikan anda berteman. Dapatkan kenalan yang mudah untuk berhubung. Ia akan membantu anda untuk ingat-mengingati tentang lokasi penginapan anda.
4. Sekiranya anda melalui terowong, pastikan terowong tersebut akan keluar hingga ke pintu mana di Masjidil Haram. Bila pulang setelah selesai melakukan umrah wajib pastikan anda melalui pintu dan terowong yang sama.
5. Di dalam telefon bimbit anda, simpanlah nombor-nombor telefon Pusat Bantuan Muassasah, Pejabat Tabung Haji di Mekah serta nombor telefon rakan-rakan sebilik anda. Ia penting ketika berlaku kecemasan.
Di Dalam Masjidil Haram
Ketika masuk ke dalam mesjid pastikan anda membaca doa masuk mesjid. Amati dan hafal betul-betul nombor pintu dan nama pintu. Contoh;
Nombor Pintu | Nama Pintu |
1 & 2 | Bab King Al-Malik Abdul Aziz (tangga bergerak) |
3 & 4 | Basement Ajyad |
5 | Bab Ajyad |
6 | Bab Bilal |
7 & 8 | Ajyad (tangga bergerak) |
9 | Bab Hunain |
10 | Bab Ismail |
11 | Bab Safa (berhadapan dengan Istana) |
Jika anda masih tersesat, apabila anda masuk dan melihat Ka’bah, pastikan anda sedang berdiri di penjuru mana. Sama ada anda di penjuru Hajar Aswad, berhadapan dengan pintu Ka’bah, berhadapan dengan Maqam Ibrahim, penjuru Rukun Iraqi, berhadapan Hijir Ismail, penjuru Rukun Syami atau penjuru Rukun Yamani.
Camkan dan ingat lokasi sekitaran. Ambil masa untuk mengecam dan menghafal tempat-tempat tersebut.
Kalau perlu tuliskan nombor atau nama-nama tempat dan pintu. Ambil nombor telefon rakan-rakan satu kumpulan.
Pastikan bergerak berkumpulan.
Sekiranya terpisah dari kumpulan, jangan panik, berdoa dan solat hajat. Gunakan telefon atau tunggu sehingga keadaan tenang.
Cari petugas Tabung Haji. Biasanya mereka memakai pengenalan TH. Atau tegur dan minta bantuan dari jemaah haji Malaysia yang mudah dikenali dari tanda nama dan gelang mereka. Di samping wajah Melayu mereka.
Pastikan ada tanda pengenalan pada beg galas atau tulisan pada telekung, gelang dan sebagainya.
Jemaah yang berumur elok diiringi oleh jemaah yang lebih muda.
Jangan gunakan lif berseorangan.
Wallah hu a’lam.
No comments:
Post a Comment