Tips mencari ketenangan sepanjang hari…..
Kita mungkin bukanlah seorang hamba Allah yg sempurna beribadat kepadaNya. Malah kita adalah antara hambanya yang selalu tidak punya senggang waktu untuk bermunajat dimalam hari, berpuasa sunat, berzikir, solat Dhuha dan sebagainya. Maka jiwa kita sering kecundang dengan keduniaan dan terlalai. Resah gelisah dan keluh kesah. Saya mencadangkan satu tips mudah. Dan mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda khasnya dan kita semua sebagai warga amnya.
Cubalah tips ini setiap hari sepanjang anda berada di pejabat, dirumah atau di dalam kenderaan. Anda akan lihat sedikit-demi sedikit Insyaallah manfaatnya yang banyak dan yang tidak akan anda terjangkakan. (Maaf ini bukan surat berantai….hanya Tips sahaja. Yang memberi ketenangan itu hanya Tuhan yang Empunya Ka’bah sahaja) Usahalah langkah sedikit ini…semoga ada keberkatannya.
1. Cari mana-mana MP3 bacaan Al-Quran sebaik-baiknya Al-Fatihah atau ayat2 lazim.
2. Masukkan ke dalam komputer anda
3. Gunakan Media Player atau Real Player untuk membuka bacaan Al-Quran tersebut
4. Tahapkan volumenya sekadar untuk halwa telinga sahaja (sepoi-sepoi angin gitu!)
5. Bukan untuk ria’ dan menunjuk2 (Udah le tak faham, pasanglak kuat2! Sebab itu saya cadangkan surah Al-Fatihah/ayat2 lazim. Sekurang2nya kita faham maknanya dengan mudah)
6. Clik pada ‘Turn repeat On’
7. Teruskan pekerjaan anda
8. Tidak perlu fokus pada bacaan Al-Quran tersebut
9. Biarkan ia berulang-ulang dengan sendiri
10. Tanpa anda sedari ‘roh’ anda sedang ‘menghadamkan’ ayat-ayat Al-Quran tersebut, Insyaallah
11. Boleh juga gunakan Hand Phone anda dan pasangkan dengan volumenya sayup-sayup disebelah telinga anda sehingga anda terlelap. Please jangan gunakan earphone, nanti terbelit wayar kat leher…(aku jugak yang salah….)
Ini sekadar tips sahaja…tidak bermakna anda tidak perlu buat ibadah!!! (main dengar MP3 je mana nak jadi!!!)
Semoga bermanfaat, Insyaallah, amin.
Wassalam
Doa untuk Al-Faqir Ilallah,
Paklang
No comments:
Post a Comment