Islamic Widget

Saturday, February 27, 2010

MAULIDUR RASUL 2010 /1431 HIJRAH

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, 27 February 2010, Mesjid Imam At-Tarmizi, Seri Sentosa, Jalan Klang Lama tidak ketinggalan mengadakan beberapa program untuk turut meraikan hari kelahiran Rasulullah S.A.W. tersebut. Diantara program yang telah diadakan ialah perarakan selawat yang bermula jam 9.00 pagi dari perkarangan mesjid, melalui jalan besar perumahan Seri Sentosa. Perarakan disertai oleh hampir lebih 500 orang yang terdiri dari penduduk-penduduk sekitar Taman Seri Sentosa, PEKIDA dan Persatuan India Muslim, Taman Seri Sentosa. Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul tahun ini disemarakkan lagi dengan kedatangan wakil Menteri Wilayah Persekutuan dan YB Lembah Pantai. Perarakan tamat sekitar jam 9.45 pagi disusuli dengan ceramah perdana dari beberapa orang tokoh agama antaranya saudara Ann Wang Seng. Smoga sambutan yang sebegini bersemangat dari seluruh ahli kariah penduduk Taman Seri Sentosa, dapat menggerunkan anasir pengkhianat yang cemburu dengan perpaduan kaum di sini sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Diharap pihak Mesjid At-Tarmizi, dapat memainkan peranan yang lebih agresif dan produktif bagi mengembalikan kegemilangan Islam serta dalam masa yang sama dapat menarik kaum lain untuk turut serta dalam program-program yang akan diadakan nanti. Syabas untuk seluruh ahli jawatankuasa Mesjid At-Tirmizi serta mereka-mereka yang turut berganding tenaga menjayakan program Sambutan Maulidur Rasul ini dengan jayanya.

Wednesday, February 17, 2010

Pakcik Kudin Kembali Kerahmatullah


Pada 14.2.2010 selepas solst subuh di Mesjid At-Tarmizi, Abg Fauzi telah memanggil aku dan memberitahu Pakcik Kudin telah kembali kerahmatullah malam tadi. Hari itu kami sekeluarga tidur dirumah mak. Aku mengambil kesempatan itu untuk pergi menziarahi jenazah Pakcik Kudin. Dengan menggunakan motor Abg Sani, aku ke Surau bersebelahan dengan Flat Kg Pinang. Sempat bersalam dengan Bojet, Khairul dan Lehod, menantu Pakcik Kudin. Lehod memaklumkan, Pakcik Kudin akan dibawa ke Mesjid As-Salam untuk dimandikan dan disembahyangkan. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara. Semasa menunggu di Mesjid As-Salam, aku juga sempat berjumpa Pakcik Zainal, Abg Mail (anak Pakcik Yahya), Abg Hamid (anak Pakcik Ujang) dan ramai lagi yg aku kenal tetapi lupa nama mereka. Lebih kurang pukul 10 pagi solat jenazah telah disempurnakan. Semoga pakcik Kudin akan ditempatkan bersama-sama orang-orang solleh dan sentiasa dalam perlindungan Allah... amin...

Tuesday, February 02, 2010

Keindahan Islam Merentasi Sempadan Agama


Sejarah membuktikan, Muhammad bin Abdullah telah mengarahkan tentera-tenteranya dalam satu peperangan supaya rumah-rumah ibadat jangan diruntuhkan, rahib-rahib, jangan dibunuh, anak-anak dan perempuan jangan dibunuh malah, Muhammad bin Abdullah juga turut menggesa supaya pokok-pokok kurma yang sedang berbuah jangan ditebang.... Kini lihatlah sendiri, ajaran Muhammad bin Abdullah itu telah direalisasikan dalam kepimpinan seorang Ulama yang dapat kita saksikan dengan empat biji mata kita yang masih berfungsi. Inilah keindahan Islam yang keagungannya merentasi batasan agama, bangsa dan negara.
Kisah Muhammad bin Abdullah ini dipetik dari buku tulisan Abdul Hakim Ahmad bertajuk "Muhammad bin Abdullah, Peribadi Seorang Pejuang. Terbitan PTS

Memerangi Kaum Yahudi Bani Qainuqa’ – Bukti Nabi Muhammad pernah bersosial dengan kaum Yahudi yang zalim
Kaum Yahudi Bani Qainuqa adalah merupakan satu kaum yang hidup aman dan makmur bersama-sama orang-orang Islam yang lain. Mereka telah berjanji setia dengan Nabi Muhammad untuk bersama-sama memelihara keamanan Madinah. Namun begitu sifat dendam dan iri hati tetap membara di jiwa mereka dalam diam. Mereka merasa dengki dan iri hati kerana Nabi Muhammad yang keturunan Arab telah mengaku bahawa beliaulah nabi akhir zaman. Bagi kaum Yahudi nabi akhir zaman adalah sepatutnya dari kaum mereka sendiri.
Biarpun begitu mereka tidak berani membuat pertentangan secara terbuka. Ini adalah kerana mereka tahu akan kekuatan tentera Islam. Malah mereka juga sangat kecil jumlahnya dengan jumlah orang-orang Islam yang semakin hari semakin ramai. Maka mereka hanya memendam perasaan benci dan dendam didalam diam. Kaum Yahudi Bani Qainuqa ini merupakan kaum yang sangat pandai dalam bidang pertukangan besi dan mewarna pakaian. Mereka mahir dalam pembuatan baju besi serta peralatan perang. Mereka juga mempunyai pasar mereka sendiri yang dinamakan Pasar Bani Qainuqa. Apabila Nabi Muhammad dapat menguasai Madinah nabi telah menggalakkan orang-orang Islam berniaga. Maka nabi juga telah membina sebuah pasar yang diberi nama Pasar Al-Ansari. Pasar ini dibina bersebelahan dengan Pasar Bani Qainuqa.
Pembinaan pasar Al-Ansari ini telah membuatkan orang-orang Yahudi semakin membenci nabi. Mereka merasa risau pelanggan mereka akan berkurangan. Namun begitu nabi tidak pernah melarang orang-orang Islam membeli belah di kedai orang-orang Yahudi. Malah kaum wanita Islam juga sangat suka membeli barang-barang serta membuat warna pakaian mereka dari Pasar Bani Qainuqa. Keterbukaan nabi itu membuatkan orang-orang Yahudi mengambil kesempatan. Mereka mula melakukan perkara-perkara sumbang sambil menghina Nabi Muhammad.
Kaum Yahudi semakin melampaui batas. Mereka mula berani mengganggu kaum wanita Muslim yang datang berurusan dengan mereka. Suatu hari seorang wanita muslim telah pergi ke Pasar Bani Qainuqa untuk menjual pakaian. Sedang wanita itu berurusan dengan tuan punya kedai tersebut beliau tidak menyedari seorang lelaki Yahudi lain telah memaku pakaiannya pada tempat duduknya. Apabila beliau selesai berurusan, beliau pun bangun dari tempat duduknya. Tiba-tiba pakaiannya telah terkoyak sehingga menampakkan aurat belakangnya. Menyedari auratnya telah terbuka wanita muslim itu lantas menjerit sekuat hati. Melihatkan perlakuan wanita muslim itu, lelaki-lelaki Yahudi yang melakukan perkara tersebut ketawa gembira.
Pada ketika yang sama seorang sahabat Nabi Muhammad juga berada di situ. Beliau sangat marah dengan perlakuan biadap pemuda-pemuda Yahudi tersebut. Beliau lantas memukul pemuda Yahudi yang melakukan perkara hina itu. Akhirnya pemuda Yahudi itu telah menemui ajalnya disitu juga. Melihatkan rakannya telah tidak bernyawa, maka lelaki-lelaki Yahudi yang lain pula telah memukul balas pemuda Islam tersebut. Sahabat nabi juga telah meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk.
Peristiwa ini telah diberitahu kepada Nabi Muhammad. Pantas Nabi Muhammad pergi ke Pasar Bani Qainuqa untuk menyuraikan perbalahan. Nabi telah menasihati mereka dengan menyatakan bahawa hendaklah mereka berhati-hati dengan kemurkaan Allah sebagaimana yang telah menimpa kaum Quraish dalam peperangan Badar. Nabi juga menyatakan bahawa beliau adalah merupakan seorang Nabi akhir zaman yang telah diutuskan oleh Allah, seperti yang telah dituliskan di dalam kitab orang-orang Yahudi sendiri.
Tujuan sebenar Nabi Muhammad bukanlah untuk membalas balik perbutan orang-orang Yahudi yang telah membunuh sahabatnya. Beliau hanya mengharapkan orang-orang Yahudi itu menerima agama Islam. Agar mereka selamat dunia dan akhirat. Namun kaum Yahudi tetap dengan kesombongan mereka. Malah mereka menghina nabi dengan mengatakan nabi berperang dengan orang yang tidak pandai berperang. Maksud mereka, tentera Islam yang berperang dalam peperangan Badar bukanlah lawan sebenar. Merekalah yang selayaknya untuk di ajak berperang, iaitu orang-orang Yahudi Bani Qainuqa itu sendiri.
Selepas peristiwa itu Nabi Muhammad yang faham akan tingkahlaku kaum Yahudi yang tidak mahu berbaik-baik, telah mempersiapkan pasukan tenteranya. Kemudian nabi telah mengepung perkampungan Bani Qainuqa selama 15 hari 15 malam. Apabila merasakan keadaan mereka sudah tidak selamat, maka kaum Yahudi itu telah bersetuju untuk menyerah diri. Nabi Muhammad telah bermesyuarat bersama tentera-tenteranya. Keputusan yang diambil ialah semua kaum lelaki Yahudi Bani Qainuqa hendaklah dibunuh. Kaum wanita dan anak-anak mereka hendaklah ditawan serta harta-harta mereka pula dirampas.
Namun oleh kerana desakan dari seorang ketua munafik besar iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul yang mempunyai hubungan dengan kaum Yahudi tersebut, nabi telah mengarahkan kaum Yahudi hanya diusir keluar dari Madinah.

Mutiara yang terserlah sinarnya...di sisi Allah


Muhammad bin Abdullah juga adalah seorang anak, pemuda, suami, imam, panglima perang dan hamba Allah yang sangat dimuliakan. Beliau juga menjahit bajunya yang koyak, menampal sepatunya, menjamah kurma, merasa makanan yang sama dimakan oleh orang lain. Makan sedulang bersama hambanya. pakaiannya tidak berjenama. Tiada bezanya antara Muhammad bin Abdullah dengan manusia yang lain.
Dan hari ini ada seorang manusia kerdil disisi Allah yang mengadaptasikan kehidupan Muhammad bin Abdullah. Beliau ialah Tengku Faris Putera. Betapa syahdunya melihat seoang Pemangku Raya menjadi imam solat kepada rakyat tok guru...... semoga inilah titik sejarah peradaban gemilang kembali bermula buat cucu-cucu Mat Selangor. Biar siapa pun kita, sujud tunduk tafakur kejadian bersulam sejarah ini diambil sebagai iktibar...