Islamic Widget

Saturday, January 06, 2007

HARI KELUARGA 2006


Pada 17 hingga 19 Disember 2006, kami waris-waris Mat Selangor telah mengadakan Program Hari Keluarga. Program ini diadakan di Rumah Peranginan TNB Port Dickson.






Berbagai-bagai program telah diadakan. Antaranya sukaneka, Qiamullail, bacaan yassin dan barbeque.







Acara yang paling menarik ialah permainan bola baling dan futsal. Permainan ini secara tidak langsung dapat merapatkan tali silaturrahim dan memberikan peluang kepada semua ahli keluarga bekerjasama dalam satu kumpulan.





Lihatlah bagaimamana anak-anak buah kami, dapat bermesra dan bermain bersama-sama emak-emak saudara mereka.







Dan lihatkan anak saudara kami Abdullah Umar yang bakat bolasepaknya semakin meningkat. Biarpun pada masa yang sama beliau merupakan pelajar Tahfiz.

Kami sebenarnya ingin mendidik anak-anak dan waris-waris Mat Selangor menjadi seorang manusia yang berjaya dalam pelbagai bidang di dunia dan di Akhirat. Insyaallah

Berdiri dari kiri Abdullah Umar, Hadi, Arifuddin, Paklong Sani dan Pak Uda Fadzli. Mereka sedang menyediakan barbeque kami semua....sudah pastinya enak. Lebih-lebih lagi apabila di cicah dengan air asam Paklong yang ummmph !!!





Kami sentiasa berdoa agar hati-hati kami sentiasa disatukan. Berikan kami Ya Allah! keberkatan hidup. Redhakanlah kami untuk SyurgaMu, biarpun sesungguhnya kami tidak layak. Namun kami juga tidak kuat menanggung siksa Neraka Mu...
Oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami...Amin.




Mandi sambil bergurau. Apalah yang dikenakan kepada si Fahmi tu..







Ini adalah dua Mak menakan yang sedang sibuk menyediakan makan malam kami semua....Kiri - Maklang Saabihah, Kanan Mak Uda Siti ( Mai dari Sg. Petani, semata-mata nak meraikan kegembiraan Hari Keluarga Mat Selangor.Com)





Anak-anak buah sedang sibuk mewarna, dalam pertandingan mewarna yang diadakan. Johan adalah adik Aida dari keluarga Mak Uda.